In Team - Dia Muhammad Lyrics

Lyrics Dia Muhammad - In Team



Awwalul kalam dengan salam
Buat junjungan Khairal Anam
Dalam selawat yang disulam
Alun zikir memuji Sohibul 'Alam
Lembaran sirah pun berperi
Riwayat insan yang terpuji
Bersalasilah para nabi
Keturunan Quraisy yang molek pekerti
Ahmad
Itu nama yang tersurat
Dalam Injil juga Taurat
Apatahlagi kitab Al-Quran
Dia Muhammad
Penutup sekalian nabi
Penyampai risalah suci
Islam agama yang diredhai
Dari gelita jadi cahaya
Dari derita jadi bahagia
Kerana dia pembawa rahmat
Kerna dia jua pemberi syafaat
Ahmad
Itu nama yang tersurat
Dalam Injil juga Taurat
Apatahlagi kitab Al-Quran
Dia Muhammad
Penutup sekalian nabi
Penyampai risalah suci
Dia pembela di mahsyar nanti
هو محمّد
هو خاتم النّبوّة
هو بالغ الرِّسالة
هو سيِّدنا وإمامنا
Dia Muhammad
Dia tauladan utama
Sunnahnya jaminan syurga
Berlandaskan wahyu Yang Maha Esa
Wa imma cerca ataupun hina
Hatta dihunus pedang kuffar durjana
Namun baginda beralah tiada
Kerna percaya Allah tetap bersamanya
اَللهُمَّا صَلِّ عَلَى سَيْدِنَا وَمَوْلَنَا مُحَمَّد
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِين
يَا... يَا نَبِي... يَا رَسُول...
يَا... حَبِيبَ الله
Ahmad
Itu nama yang tersurat
Dalam Injil juga Taurat
Apatahlagi kitab Al-Quran
Dia Muhammad
Penutup sekalian nabi
Penyampai risalah suci
Dia pembela di mahsyar nanti
هو محمّد
هو خاتم النّبوّة
هو بالغ الرِّسالة
هو سيِّدنا وإمامنا
Dia Muhammad
Dia tauladan utama
Sunnahnya jaminan syurga
Berlandaskan wahyu Yang Maha Esa
يَا نَبِيَ الله
Dia Muhammad



Writer(s): Frizdan


In Team - Allahu Rabbi
Album Allahu Rabbi
date of release
23-02-2009




Attention! Feel free to leave feedback.