SM Salim, Yusni Hamid & Mr. Teh and Eng - Pandang-pandang, Jeling-jeling текст песни

Текст песни Pandang-pandang, Jeling-jeling - Yusni Hamid , SM Salim



Cincin intan, bunga selasih
Mari dipakai di waktu petang
Kenapa tuan tak mahu berkasih?
Adakah orang akan melarang
Kain sarung, kain terendak
Memanglah manis kalau dipakai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai
Menjeling, menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Kucuba, kucuba nak bertanya
Siapa diakah namanya?
Menjeling, menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Bercakap, bertanya dan bermesra
Jangan sampai datang rumah
Tuai padi musim dah tiba
Mari menuai di waktu pagi
Kalau begini malang menimpa
Biar kuturut kata hati
Bunga selasih permainan budak
Daun sehelai di makan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun bertemu juga
Menjeling, menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Kucuba, kucuba nak bertanya
Siapa diakah namanya?
Menjeling, menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Bercakap, bertanya dan bermesra
Jangan sampai datang rumah
Kereta kuda pedati lembu
Singgah mari di tepi kuala
Tuan sutera saya belacu
Mana 'kan boleh berganding sama
Burung jelatik sarang kedidi
Sarang tempua sarang berjuntai
Sungguh cantik sutera di uji
Belacu juga tahan dipakai
Menjeling, menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Kucuba, kucuba nak bertanya
Siapa diakah namanya?
Menjeling, menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Bercakap, bertanya dan bermesra
Jangan sampai datang rumah



Авторы: Salim Bin Sheikh Mohammed, Hashim Bin Said


SM Salim, Yusni Hamid & Mr. Teh and Eng - Jeling-Menjeling
Альбом Jeling-Menjeling



Внимание! Не стесняйтесь оставлять отзывы.