Siti Nurhaliza - Bila Hari Raya Menjelma Lyrics

Lyrics Bila Hari Raya Menjelma - Dato' Sri Siti Nurhaliza



Anggun si dara jelita
Berselindang dan kebaya
Sepadan dengan pemuda tampan
Dan segak orangnya
Di pagi hari mulia
Kunjungi sanak saudara
Yang tua tidak dilupa
Ampun dan maaf dipinta
Yang jauh sudah pun tiba
Pulangnya untuk beraya
Meriah desa tercinta
Bagaikan pesta layaknya
Di pagi hari mulia
Semuanya bergembira
Tua muda miskin kaya
Berbeza tidak berbeza
Mari adik marilah bang
Mari kita beraya bersama
Orang jauh janganlah bang lupa kita lupakan
Sila adik silakan bang
Sila selera jamu selera
Lemang ketupat dan rendang semua ada
Sebulan kita puasa menahan lapar dahaga
Tiba sudah hari raya yang mulia
Bergembira seadanya kunjungi Jiran tetangga
Semoga menjadi amalan selama-lamanya
Pada yang telah tiada kunjungilah pusaranya
Berdoa pada Yang Esa setulusnya
Tanda masih di ingatan sedikit tak dilupakan
Di pagi hari yang mulia tetap dikenang
Mari adik marilah bang
Mari kita beraya bersama
Orang jauh janganlah bang lupa kita lupakan
Sila adik silakan bang
Sila selera jamu selera
Lemang ketupat dan rendang semua ada
Sebulan kita puasa menahan lapar dahaga
Tiba sudah hari raya yang mulia
Bergembira seadanya kunjungi Jiran tetangga
Semoga menjadi amalan selama-lamanya
Pada yang telah tiada kunjungilah pusaranya
Berdoa pada Yang Esa setulusnya
Tanda masih di ingatan sedikit tak dilupakan
Di pagi hari yang mulia tetap dikenang



Writer(s): Nurul Asyiqin



Attention! Feel free to leave feedback.