Jeeqry - Tuhan Tahu (Remix) Lyrics

Lyrics Tuhan Tahu (Remix) - Jeeqry




Langkah semakin terbatas
Kerana rayuan dunia
Namun jangan kau ragu
Semuanya sudah pasti Tuhan tahu
Berpaling dari dunia yang penuh cereka
Aku pertahankan semua tapiku cuma boneka
Dan juga hamba mereka yang pernah berdusta
Dia maha mengatur malah aku terus buta
Dan masih aku dalam dunia kejumudan
Apa aku juga tergolong dalam kesesatan
Maafkan aku jika pernah mendustakanmu
Ku pohon terima ampunku harap kau tak jemu
Ambillah nyawaku jika boleh jadi ganti
Takkanku kembali tibanya waktu berhenti
Bererti, ku sedar apa ku laku masa silam
Siang malam dan carutku penuh dalam kalam
Alangkah indah, jika taubatku dari awal
Namun kau maha pengampun Tuhan ku yang esa
Segala aku andaikan ku tak boleh dikawal
Dan ku mohon kau dengari aku yang penuh dosa
Langkah semakin terbatas
Kerana rayuan dunia
Namun jangan kau ragu
Semuanya sudah pasti Tuhan tahu
Masih buntu ku cari-Mu dalam doaku
Jika tak jumpa ku buru-Mu dalam solatku
Selebihnya ku tambah dengan amalan zikirku
Harap kau temukan jalan kembali pada aku
Moga Kesempatan jadi sebutan malaikatmu
Berapa kali curah air mata ku tak mampu
Ku pasrahkan semua kerna kau maha membantu
Kali ini ku tulus memohon kerna jiwaku
Penipu pendusta segalanya aku dah laku
Ragaku tak kuat kerana semuanya berlaku
Tiada siapa yang tahu tapi kau kenal aku
Terima kasih sedarkan aku dengan berbagai liku
Dalam tenangnya malam hatiku mula meresah
Dan kau hadirkan diri buatku hilang gelisah
Apa yang orang kata aku takkan ambil kisah
Dan pada kamu aku sanggup tunduk ke bawah
Langkah semakin terbatas
Kerana rayuan dunia
Namun jangan kau ragu
Semuanya sudah pasti Tuhan tahu



Writer(s): Ahmad Zikri


Jeeqry - Tuhan Tahu (Remix)
Album Tuhan Tahu (Remix)
date of release
17-05-2022




Attention! Feel free to leave feedback.