Amir Meludah - Tertinggal Kebelakang paroles de chanson

paroles de chanson Tertinggal Kebelakang - Amir Meludah



Yo, yeah
Sekor katak timpa kemarau
Gulung-gulung kertas kajang sama tembakau
Terik cahaya terang kuat menyilau
Ini kata-kata pelat suara anak dari perantau
Perjuangan jangan skali dilepas
Hitungan terhutang dalam terang cepat rampas
Hempas pulas atas tanah siapa tertumpas
Panggung sutera dirombak dirungkas
Kain mastuli tiup asap berjampi
Belakang jembalang bersarang bersiung bergigi
Tatu diukir diguris belakang bibir tak nampak
Bercorak kepala tengkorak
Terkoyak minda kena tipu engkau tak tahu.
Belum cukup ilmu
Belum baligh
Keliru
Masuk dalam kandang terperangkap
Pandang kiri kanan konon nyata terselungkap
Tengok-tengok kalau ada yang menyorok
Ulat sutera merengkok bisu senyap terbatuk
Ayam berkokok subuh datang menghasut
Laknat si makhluk nyorok bawah selimut
Celah-celah batu ada udang keropok
Kocak-kocak kacau-kacau tanpa henti mengocok
Peracun budaya hampir siap dibancuh
Bersembur menghamun anjing mula bergaduh
Angkat tangan simbol jari mencarut
Hamba pengikut perompak penghasut
Mahkota bahtera beta jadi bahan berebut
Ribut taufan kilat tunduk jatuh tersujud
Satu-satu cepat mula menipu
Satu-satu mula cepat mengaku
Siapa kamu siapa tahu
Siapa kan kucup ibu jari kakiku
Tengok atas dan tengok bawah
Air liur siapa yang sempat cecah tanah
Kepala keras tak nak mengaku kalah
Bersorak bergembur meranyah gelisah
Minda gila dibakar menyala
Detik masa kan tiba mula nafas neraka
Naga raksasa sang dewi dewa
Semua keliru sambil saling tertanya
Kenapa mereka
Kenapa sang hina
Mereka celaka pembawa bencana
Mereka celaka penipu pendusta
Khalifah gagal yang rosak binasa
Perasan tuhan? sila gerak ke depan
Serta-merta safku dikosongkan
Arnab kura-kura pernah berlawan
Anjing dan kuncing pun pernah skali berkawan
Ikut kitaran tentang lawan putaran
Satu alam semesta mula dari letupan
Hantu dajal iblis dan syaitan
Duduk berempat rapat-rapat berjabat tangan
Suara kelima suara manusia suara sekor hamba cucu hawa dan adam
Lantunkan cerminkan visi semalam
Hancurkan padamkan buang dari ingatan
Biar terlupa janji masih berdendam
Biar berluka janji emas kekal dalam genggaman



Writer(s): Amir Othman


Amir Meludah - Weimar
Album Weimar
date de sortie
02-09-2022




Attention! N'hésitez pas à laisser des commentaires.