Ella - Retak paroles de chanson

paroles de chanson Retak - Ella




Berabad kita telah bercinta
Mengapa kini engkau berubah?
Sedangkan aku masih kekal setia
Mengharap kasih menjadi bintang jiwa
Mana janjimu akan setia?
Menyayangiku siang, malammu
Melindungi dari bara sengsara
Mempertahankan mahligai bersama
Kini tiada erti (tiada erti)
Membenar janji
Janji manismu dulu (janji manismu)
Tinggal jadi api membakar dada ini
Hati ini hancur dan luluh keranamu (keranamu)
Hati ini hancur dan luluh keranamu
Tergamak kau berpaling dan teguh memilih dia
Semenjak hatimu dicuri jelita
Hati ini hancur dan luluh keranamu (keranamu)
Hati ini hancur dan luluh keranamu
Seandainya ada lagi cinta di hati ini
Akan kubenamkan serpihannya selamanya
Semalaman di cermin kenangan
Jari berdarah diretak setia
Menanggung luka di sebalik senyuman
Hanya kerana aku seorang wanita
Lemah tiada daya (tiada daya)
Hati kecewa dengan janji manismu (janji manismu)
Kini jadi api membakar dada ini
Hati ini hancur dan luluh keranamu (keranamu)
Hati ini hancur dan luluh keranamu
Tergamak kau berpaling dan teguh memilih dia
Semenjak hatimu dicuri jelita
Hati ini hancur dan luluh keranamu (keranamu)
Hati ini hancur dan luluh keranamu
Seandainya ada lagi cinta di hati ini
Akan kubenamkan serpihannya
(Hati ini) hancur dan luluh keranamu
(Hati ini) hancur dan luluh keranamu
Tergamak kau berpaling dan teguh memilih dia
Semenjak hatimu dicuri jelita
Hati ini (hancur dan luluh keranamu) ah-ah-ah-ah
(Hati ini hancur dan luluh keranamu)
(Seandainya ada lagi cinta di hati ini)
Akan kubenamkan serpihannya
(Hati ini) hancur dan luluh keranamu
(Hati ini) hancur dan luluh keranamu
(Tergamak kau berpaling dan teguh memilih dia)
(Semenjak hatimu dicuri jelita)
Hati ini (hancur dan luluh keranamu) ah-ah-ah-ah



Writer(s): Abdullah Amin, Amin Abdullah


Attention! N'hésitez pas à laisser des commentaires.