Raihan feat. Major 9 & The PRISM - Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda paroles de chanson

paroles de chanson Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda - Raihan , The Prism , Major 9



Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang selalu
Apa sahaja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi
Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba tuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua 'kan berkorban
Tetapi baru kusedari (sedari)
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pengorbananmu tiada ternilai
Hanya Tuhan kan membalasnya
Salam Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti
Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu
Namun wajahmu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Di bibirmu kan menguntum senyum
Andainya anak-anakmu bahagia
Salam Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti
Salam Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti
Di Aidilfitri (Di Aidilfitri)
Di Aidilfitri (Di Aidilfitri)



Writer(s): Abu Bakar B Md Yatim


Raihan feat. Major 9 & The PRISM - Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda
Album Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda
date de sortie
15-06-2018



Attention! N'hésitez pas à laisser des commentaires.