Siti Nurhaliza - Lelaki (Warkah Seorang Anak) paroles de chanson

paroles de chanson Lelaki (Warkah Seorang Anak) - Siti Nurhaliza



Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran
Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazaman
Bara keramat doa dan harapan
Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak
Namun kerana kau lelaki
Derita dapat di selindungi
Tangisanmu rahsia di hati
Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak
Namun kerana kau lelaki
Derita dapat di selindungi
Tangisanmu rahsia di hati
Kesepianlah oh teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau meyakini
Tuhanlah yang Maha Esa
Kerana kau meyakini
Tuhanlah yang Maha Esa




Siti Nurhaliza - Pancawarna
Album Pancawarna
date de sortie
07-05-1999




Attention! N'hésitez pas à laisser des commentaires.