In Team - Wanita текст песни

Текст песни Wanita - In Team



Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan saja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkan ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua dihati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin
Lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Ooo uhh ooh
Dekat jua dihati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin
Lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita
Dengan keimanan
Bukannya harta
Ataupun pujian
Kelak tidak derita
Berharap pada yang binasa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan



Авторы: Hisyam Ahmad


In Team - Wanita - Single
Альбом Wanita - Single
дата релиза
10-07-2020

1 Wanita




Внимание! Не стесняйтесь оставлять отзывы.