Jeeqry - Noktah (feat. Aly Zati) текст песни

Текст песни Noktah (feat. Aly Zati) - Jeeqry




Bagaimana nak cerita ia berakhir noktah
Mungkin luaran binasa dalamannya koma
Matinya rasa hati tibanya waktu ku bantah
Sangsi, dengar tulisan piluku sekian lama
Nak cerita ku kuat tapi masih ku menangis
Nak cerita ku tabah tapi hatiku gerimis
Entah apa ku sorok hingga hujannya lebat
Bukanku mengkhianat tapi ku bersifat jebat
Kadang mahu ku buang jalan cerita yang lama
Engkau tetap berbalik walau kesannya sama
Ku kira kau ubat sakit aku yang cuba temukan
Ternyata kau racun tambah luka diriku lemah dan
Ceritera kita berakhir bersikap drastik
Alasan kau dengarkan itu tak cukup logik
Tunjukkan usaha kau buat pilihan tragik
Biarkan kau pergi ku harap kau takkan balik
Noktahkan semuanya segala di minda
Tak perlu kau cari aku untuk selamanya
Biar aku pergi terus membawa diri
Bersama cebis hati yang kau telah lukai
Ku tetap berpura biarpun dalamnya parah
Takkan ku berubah walau kau mahu menziarah
Enggan ku mencinta selebih berpatah arah
Mungkin ku tak mahu buat pilihan yang salah
Izinkan ku tenangi diri tarik nafas berhembus
Dia yang kau temani tika malam berkabus
Ya ku kenal kamu walau pandangan itu kabur
Usah tipu aku, usah baiki yang sudah hancur
Kenapa kau ucap kita berbeza persepsi?
Dan kini kau ucap rasa kita berbeza paksi
Kau bilang kau nampak yang terbaik di mataku
Dan kini aku ratap tiada lagi kehadiranmu
Sinis tulus kau sorokkan darjat kita berbeza hati
Penat aku ucap kau pasti kembali nanti
Mati ku ini harap engkau tidak ratapi
Kita sepadan cuma dalam lain dinasti
Noktahkan semuanya segala di minda
Tak perlu kau cari aku untuk selamanya
Biar aku pergi terus membawa diri
Bersama cebis hati yang kau telah lukai



Авторы: Ahmad Zikri, Aniq Haziq


Jeeqry - Noktah
Альбом Noktah
дата релиза
28-09-2022




Внимание! Не стесняйтесь оставлять отзывы.