Malique - Cuba Lagi - feat. Lah текст песни

Текст песни Cuba Lagi - feat. Lah - Malique feat. Lah



Satu, dua, tiga, dan empat
Cuba berkali masih tak dapat
Lupakan sakit segan dan penat
Nanti di puncak pasti terubat
Empat, tiga, dua, dan satu
Puncaknya betul aku di situ
Ada dah dekat, ramai yang berbatu
Cuba lagi, dik, ku tunggu
Dah cuba berkali-kali (oh)
Masih tak menjadi-jadi (oh)
Tapi ku tak patah hati
Tiap kali gagal aku cuba lagi (oh)
Aku cuba lagi (oh), aku cuba lagi
Hanya yang lemah kan lari
Jadi lelaki dan cuba lagi
(Cuba, aku cuba)
(Cuba, aku cuba)
(Cuba, aku cuba)
(Oh, aku cuba)
Nah, nah, bukan senang hendak menang
Apatah lagi jadi juara
Nah, bukan senang nak jadi bintang
Apatah lagi jadi lagenda (oh)
Aku tahu, aku fasih (oh)
Nombor satu, yup, aku masih
Terima kasih seteru bersekutu
Keranamu aku bertambah mutu (cobalah lagi)
Tetapi, kebelakangan ini aku tepu
Hampir beku, nih, buku lirik kosong nak berdebu
Hilang sengat, hilang seri
Hilang seru, hilang merdu
Mata tutup, kepala tertelungkup
Pintu dengar ketuk, oh, anakku menjenguk
Papa, jangan kerut dahi
Tukar niat baca بسم الله mesti jadi, wey
Dah cuba berkali-kali (oh)
Masih tak menjadi-jadi (oh)
Tapi ku tak patah hati
Tiap kali gagal aku cuba lagi (oh)
Aku cuba lagi (oh), aku cuba lagi
Hanya yang lemah kan lari
Jadi lelaki dan cuba lagi
Ah, buat lagu hebat radio tak nak main
Apa boleh buat? Buat lagu lain
Aku dengar sedap, dia dengar lain
Mungkin lepas menang aim dia main, ah (yeah)
Jangan cari pasal, kaji hujung pangkal
Buat lagi sampai tiada orang boleh sangkal (yeah)
Sampai orang kampung kata pakai tangkal
Sampai gadis kota tidur tepuk bantal (yeah)
Sampai orang-orang gaji pun hafal
Tapi selagi tak berlaku, tawakal
Ganda usaha bukan simpati
Percaya besok lusa buat lagi
Mereka tanya, "Sampai mana?"
Yo, nampak langit, ha, sampai sana
Tiada makna kalau tiada fakta
Lihat carta situ ku diwarta (ooh-yeah)
Lah
Dah cuba berkali-kali (kucoba)
Masih tak menjadi-jadi (ooh-yeah)
Tapi ku tak patah hati
Tiap kali gagal aku cuba lagi (oh)
Aku cuba lagi (oh), aku cuba lagi
Hanya yang lemah kan lari
Jadi lelaki dan cuba lagi (cuba)
Aku cuba (coba lagi)
Aku cuba (aku cuba)
Aku cuba (aku cuba)
Oh, aku cuba
Mak kata ku pandai
Pak kata aku kuat
Jadi kalau cari jalan tak jumpa ku buat
Ke sini, ke sana hanya satu garis lurus
Jangan menoleh mana-mana jalan terus
Ku bukan jenis suka omong kosong
Tolong dengar, dik, jangan bodoh sombong
5000 tahun atau lima saat
Kalau kita mahu kita dapat, ha
Banyak laki, berapa jati?
Banyak janji, berapa ditepati?
Cuma dara sunti minta puji, anak jantan minta uji
Lepas cakap besar tanam pokok
Pasti belum boleh berteduh besok
Dan kalau tak berbuah doa sehari lagi
Tuah akan sampai dengan Taming Sari sekali
Ku cuba lagi (aah)
(Ku cuba) ku cuba lagi (uu-uuh)
Cuba-cuba lagi (yeah)
Ku cuba (ku cuba lagi)
Cuba lagi, oh-hoh (cuba lagi, cuba lagi)
Dah cuba berkali-kali
Masih tak menjadi-jadi
Tapi ku tak patah hati
Tiap kali gagal aku cuba lagi
Aku cuba lagi, aku cuba lagi
Hanya yang lemah kan lari
Jadi lelaki dan cuba lagi



Авторы: Malique, Shanmugam Navin Kumar A L


Malique - Cuba Lagi
Альбом Cuba Lagi
дата релиза
13-09-2010



Внимание! Не стесняйтесь оставлять отзывы.