Amir Meludah - Lumrah paroles de chanson

paroles de chanson Lumrah - Amir Meludah



Tarik nafas udara sejuk dihirup
Terbatuk
Air liur silap masuk dalam rongga
Tak rasa selesa
Dada sendiri ditampar dihentak ditepuk
Dalam diri dah lama keliru
Mungkin yakin kadang-kadang tertipu sendiri
Ulang kali kata nak berubah
Suara hati tahu itu semua sampah
Lumrah manusia
Takkan terdaya
Takda upaya
Dah cuba-cuba nak lari
Dengan drastik
Kena lastik balik dek realiti
Takda apa yang boleh berjaya
Kena sumpah
Akan tersangkut selamanya
Malas nak bertanya
Rosak harapan kosongkan tenaga
Orang gila buat benda sama
Individu perasan merdeka
Tipu tiru ulang yang serupa
Curi-curi tulang dalam kerjasama
Aku mungkin takda peranan
Dan tak nak berangan
Jadi tauladan
Cuma nak kumpul himpun harta
Aku binatang manusia
Aku mungkin takda peranan
Dan tak nak berangan
Jadi tauladan
Cuma nak kumpul himpun harta
Aku binatang manusia
Hukum alam tak hitam putih
Sekejap kotor sebentar bersih
Budak bangang kadang serba boleh
Bakar keretek jadi bongok balik
Turun naik air pasang surut
Pak turut takkan jadi ketua
Sang pengikut takkan ada kuasa
Makhluk kerdil cuba bunuh raksasa
Batu kerikil dalam air tenggelam
Campak pisahkan dari genggaman tangan
Yang lebih tumpat akan turun ke bawah
Undang-undang fizik takkan pernah berubah
Tarik nafas udara sejuk dihirup
Terbatuk
Air liur silap masuk dalam rongga
Tak rasa selesa
Dada sendiri ditampar dihentak ditepuk



Writer(s): Amir Othman


Amir Meludah - Konflik Kerjaya - EP
Album Konflik Kerjaya - EP
date de sortie
22-02-2023




Attention! N'hésitez pas à laisser des commentaires.