Siti Nurhaliza - Ku Menunggu текст песни

Текст песни Ku Menunggu - Siti Nurhaliza



'Ku begini seperti selalu
Membilang waktu berlalu
Entah berapa lama aku tak sedarinya
Berapa lama harus menunggu?
Aku mimpikan suram cahaya
Bertukar cahaya indah
Semoga tiba hari
Bersinar ruang hati
Menyuluh arah jalan kembali
Kutunggu angin perubahan
Barat, utara, timur, selatan
Meniti doa malam dan siang
Teranyamnya semula ikatan
Sayang semua hanyalah mimpi
Kenyataannya langit dan bumi
Aku di sini, engkau di sana
Sayup jauh terpisah
Entah 'kan kerana sayangku
Ataupun kerana sabarku
'Ku menunggu
Air mata dan senyuman
Antara mimpi dan harapan
Adalah rindu sembilu
Menghiris kalbu
Yang terlalu menyayangi
Di akhirnya terkorban diri
Menyedari itu aku putuskan
Pasrah segala pada Tuhan
Kutunggu angin perubahan
Barat, utara, timur, selatan
Meniti doa malam dan siang
Teranyam semula ikatan
Sayang semuanya hanyalah mimpi
Kenyataannya langit dan bumi
Aku di sini, engkau di sana
Sayup jauh terpisah
Entah 'kan kerana sayangku
Ataupun kerana sabarku
'Ku menunggu
Masih lagi seperti selalu
Membilang waktu berlalu
Semoga tiba hari
Bersinar ruang hati
Menyuluh arah agar kembali



Авторы: Habsah Hassan, Aidit Alfian Mohd Dom


Siti Nurhaliza - Prasasti Seni
Альбом Prasasti Seni
дата релиза
12-04-2004




Внимание! Не стесняйтесь оставлять отзывы.