UNIC - Insan Bernama Kekasih paroles de chanson

paroles de chanson Insan Bernama Kekasih - UNIC



Ha-ah, uh-uh
Hu-uh
Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku katakan, kau gadis idaman, uh-uh
Adakah mungkin kau ku miliki
Untuk aku jadikan insan bernama kekasih?
Keayuan yang tergambar lukisan Nur Iman
Bersulamkan keindahan, santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa
Ku sampaikan salam ucapan mesra
Dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untuk ku melafazkan cinta?
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran darinya
Padaku, kau memendam rasa
Pada-Mu, oh, Tuhan (pada-Mu, Tuhan)
Ku memohon keredhaan
Nur kasih yang ku damba (oh-oh)
Kekal hingga ke syurga
Hanya satu yang ku pinta, kebaikan dari-Nya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia
Datanglah kasihmu dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akan ku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran
Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadanya
Ku sampaikan salam ucapan mesra
Dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untuk ku melafazkan cinta?
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran darinya
Padaku, kau memendam rasa
Kau ku sayangi, teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama kekasih



Writer(s): Manis Helma


UNIC - Insan Bernama Kekasih
Album Insan Bernama Kekasih
date de sortie
03-07-2006




Attention! N'hésitez pas à laisser des commentaires.