Sharifah Aini - 3 Hari Raya текст песни

Текст песни 3 Hari Raya - Sharifah Aini



السلام عليكم
Kepada semua kaum muslimin dan muslimat
Kepada semua peminat-peminat saya di mana juga anda berada
Saya Sharifah Aini
Mengucapkan selamat hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin
Saya berharap anda terhibur dengan lagu-lagu nyanyian saya
Selamat Aidilfitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini
Di masa bulan Ramadan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari Raya disambut dengan gembira
Miskin-kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari Raya ini
Tua-muda wajah berseri-seri
Marilah bergembira
Bersama menikmati hari Raya
(Minta, mak, kuih sepotong)
(Kami mahu makan kerna perut kosong)
Aidilfitri, hari bahgia
Hari yang mulia
Mohon maaf bersama dipinta
Selamat, selamat hari Raya
Sembah salam ayah dan bonda
Ampunkanlah dosa
Hilangkanlah duka dan nestapa
Selamat, selamat hari Raya
Semoga kita berjumpa lagi di hari bahagia ini
Mari teman, mari saudara, kita bergembira
Lupakanlah hatimu yang duka
Selamat, selamat hari Raya
Selamat hari Raya Aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta mensuci hening dosa
Setahun menghilang, sekarang menjelang
Hari yang bahagia
Selamat hari Raya
Selamat hari Raya Aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta mensuci hening dosa
Seruan kita untuk semua
(Selamat) Selamat, selamat hari Raya



Авторы: Ahmad Jaafar


Sharifah Aini - Syawal 1424
Альбом Syawal 1424
дата релиза
28-04-2016



Внимание! Не стесняйтесь оставлять отзывы.